Sunday, November 22, 2015

Tempat belajar, penting sangat ke?

Asrama atau sekolah harian?
IPTA atau IPTS?
Dalam negara atau luar negara?
Matriks ke diploma?
Jauh ke dekat?
Diiktiraf atau tak diiktiraf?

KENAPA perlu wujudnya perbezaan taraf? Bukankah semuanya atas satu tujuan yang sama? Iaitu semua datang untuk belajar kan?


           Jujurlah, orang yang cakap pasal perbezaan takkan pernah berhenti. Kalau awak dah masuk asrama, awak akan dibandingkan dengan budak sekolah harian, dengan budak MRSM, dengan SBP dengan sekolah teknik dan lain-lain asrama. Seriously, zaman sekarang ini pandang ranking je! Saya ni budak sekolah harian. Setiap kali lepas exam besar, akan wujud satu ranking sekolah-sekolah SBP yang mana PMR/PT3 dan SPM jadi kayu ukur. Oh dan sekolah harian pun tak terlepas dengan ranking antara sekolah harian lain. *sigh*


Bila saya dah masuk universiti,

Sekali lagi timbul isu IPTA vs IPTS.
Diploma vs Matriks vs Asasi vs STPM.


IPTA ada ranking tersendiri jugak. Saya sambung pelajaran kat salah satu IPTA ini, tak terlalu femes. Ranking pun tak setinggi UM, UKM, UPM, USM. Tapi adakah saya malu? Tak! Yang penting niat kita belajar, itu dah cukup kawanku. Kadang-kadang perkara macam ranking ini mengusik minda saya jugak, tapi cepat-cepat saya ingatkan yang tujuan saya sama jugak, masuk universiti sebab nak belajar!


Sekarang ini,
Tak kisahlah kau masuk universiti ke poli ke kolej ke,
Semua pandang cgpa je.


So,
Jangan putus asa kalau sekiranya awak dapat IPTS ke contohnya. Tak bermakna awak dapat IPTS maknanya awak bodoh. Ada je, pelajar straight A's masuk IPTS. Kadang-kadang yang masuk IPTS itu siap ada biasiswa lagi tau. Stop comparing, start accepting, guys!


Dan.
Sayangilah tempat belajar anda.
Ingat! Ada orang yang tak bernasib baik yang tak dapat peluang macam kita. 


Friday, November 20, 2015

PALING BASIC : Tujuan belajar kena betul!



Pernah dengar, niat itu seperti alamat. Salah niat salah alamat! Pernah?

Hah? Study semata-mata exam nak dekat?
Study semata-mata nak dekan?
Study semata-mata PTPTN?
Study semata-mata nak ipong? #eh

Betulkan niat itu balik,
STUDYLAH SEBAB :


  1. Nak dapat keredhaan Ilahi. Nak kenal kebesaranNya.                                                                                
  2. Nak bagi manfaat kepada orang lain. Walaupun sedikit.                                                                              
  3. Nak mencari rezeki yang baik. Apa yang kita belajar ini akan kemungkinan digunakan masa kerja.                                                                                                                                                          
  4. Study sebab you will use the knowledge later. Walaupun subjek itu tak penting, tak masuk pointer / gred contohnya, tapi kita kena semangat jugak study. Mana tahu satu hari nanti kita perlukan ilmu itu.                                                                                                                                      
  5. Sebab nak gembirakan hati ibu bapa. Yelah, mana ada ibu bapa tak happy anak suka study kan? kan? 



Apapun tujuan study mu, 
Pastikan ia tulus mulus,
Seperti kulit Johnsonnas baby 



Ye, memang sengaja letak Johnsonnas :P



Quotes tersangkut

"Bacalah dengan nama Tuhanmu." (96 :1)

"Nothing gives rest but the sincere search for the truth." - Blaise Pascal.

Thursday, November 19, 2015

Tiupan Pembukaan




Assalamualaikum dan salam study semua!


            Sejujurnya datangnya blog ini sebab penulis ini minat baca bahan-bahan motivasi untuk gigih study padahal penulis sendiri selalu leka dengan media sosial dan alam maya tak berkesudahan. *muahaha* Pernah menghabiskan masa berjam-jam cari tips study padahal kalau study terus lebih banyak impak maksima dia daripada baca tips je eheh.


Terimalah, satu blog khas untuk marakkan semangat study yang dah lama pudar. Mungkin motivasi terakhir yang anda pernah terima ialah sewaktu pelajar 17A dapat sewaktu SPMnya dahulu. Atau seorang beauty with brain yang ambil SPM dan A-Level serentak dan sekarang berjaya buka laman web shopping tersendiri. Atau seorang mahasiswi yang dapat PhD pada umur 25 tahun? 

Atau....
Waktu mak ayah anda hantar anda ke universiti sambil berkata, "belajar rajin-rajin. Kalau tak cukup duit, jangan segan-segan beritau."


Nah, blog ini untuk hidupkan balik motivasi itu. 
Kalau tak dapat hidupkan, setidak-tidaknya dapat jentik sikit semangat study. 


Segala tips/study hacks/cara mungkin tak sesuai dengan semua orang. 

How clinical postings done during COVID19 season

 Assalamualaikum & helloo I feel like the need to write this because one day I will look back and say, hey I once undergo this. So okay,...