Thursday, November 19, 2015

Tiupan Pembukaan




Assalamualaikum dan salam study semua!


            Sejujurnya datangnya blog ini sebab penulis ini minat baca bahan-bahan motivasi untuk gigih study padahal penulis sendiri selalu leka dengan media sosial dan alam maya tak berkesudahan. *muahaha* Pernah menghabiskan masa berjam-jam cari tips study padahal kalau study terus lebih banyak impak maksima dia daripada baca tips je eheh.


Terimalah, satu blog khas untuk marakkan semangat study yang dah lama pudar. Mungkin motivasi terakhir yang anda pernah terima ialah sewaktu pelajar 17A dapat sewaktu SPMnya dahulu. Atau seorang beauty with brain yang ambil SPM dan A-Level serentak dan sekarang berjaya buka laman web shopping tersendiri. Atau seorang mahasiswi yang dapat PhD pada umur 25 tahun? 

Atau....
Waktu mak ayah anda hantar anda ke universiti sambil berkata, "belajar rajin-rajin. Kalau tak cukup duit, jangan segan-segan beritau."


Nah, blog ini untuk hidupkan balik motivasi itu. 
Kalau tak dapat hidupkan, setidak-tidaknya dapat jentik sikit semangat study. 


Segala tips/study hacks/cara mungkin tak sesuai dengan semua orang. 

No comments:

How clinical postings done during COVID19 season

 Assalamualaikum & helloo I feel like the need to write this because one day I will look back and say, hey I once undergo this. So okay,...